nuff nuff

Saturday 8 October 2011

PSKPPS Bahagian Pedalaman Sabah 2011

PSKPPS Bahagian Pedalaman Sabah 2011 ni melibatkan daerah Tambunan, Keningau, Tenom, dan Nabawan. Ada juga penyertaan dari Sook walaupun kawasannya dalam daerah Keningau.

Aku bersyukur sebab posting di Tambunan ni memberikan peluang untuk terlibat dalam sukan. Walaupun kawan-kawan di semenanjung masuk pelbagai event yang membuatkan aku iri hati (klik sini), tapi penyertaan dalam PSKPPS ni cukup untuk mengubat hati.

Hanya dua acara saja yang aku sertai iaitu bola sepak dan jogathon 10km. Dalam game bola sepak, aku join team PPD Tambunan. Team ni adalah team kedua Tambunan dan banyak pengalaman yang aku dapat walaupun tidak dapat masuk pusingan semi-final. Apa yang penting hubungan aku dengan rakan-rakan terutamanya Robby, Ian, Walter, Roy & lain-lain bertambah rapat.

depan: Roy, Ian, Hj Jaini, aku, Awi
Belakang: Junior, Ismadi, Asrul, Rajudin, Robby, Walter




kredit pada Dicky untuk photo diatas...

Pemenang-pemenang setiap kategori semasa Jogathon.

Untuk kejohanan jogathon kali ni aku rasa sangat susah. Walaupun 10km tapi laluannya sangat sukar. Treknya melibatkan kawasan berbukit. Latihan pun sangat kurang menyebabkan aku tak dapat menyamai rekod peribadi untuk 10km kali ni. Alhamdulillah dapat juga menamatkan saingan di tempat ke-5 kategori lelaki terbuka.

p/s: harapan selepas ini supaya dapat join lebih banyak event walaupun keseorangan...


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...