Pada zaman dahulu, sewaktu manusia baru pandai mencipta kapal besar, waktu itulah cerita ini bermula. manusia pun beriya-iya nak pergi belayar. maklumlah seronok ada kapal. lagipun kalau nak pergi jalan-jalan bukan ada shoping mall pun. baik pergi belayar.
jadi sekumpulan manusia yang terpilih pun belayar. mereka menetapkan setiap orang hanya boleh membawa barang-barang penting sahaja dan mereka akan berkongsi barang-barang itu. jadi mereka pun membawa barang-barang mereka di dalam beg.
walaupun mereka berjaya mencipta kapal, namun bukan semua orang dari tempat itu yang pandai-pandai. ada juga yang kurang bijak. di kapal itu ada dua tingkat. jadi orang yang kurang bijak ni duduk di bahagian bawah kapal.
perjalanan mereka masuk ke hari yang kedua. orang-orang di bawah pula semakin merungut kerana terpaksa naik ke atas untuk buang air. namun mereka masih bersabar. ternyata walaupun kurang bijak, mereka mampu bersabar. namun akhirnya, selepas seminggu mereka tidak tahan lagi.
muncul seorang lelaki di kalangan yang kurang bijak itu memberi pendapat, "buat apalah kita susah-payah naik ke atas. kalau kita tebuk lubang kecil di dinding kapal ini senanglah kita buang air". dia tersenyum lagak seperti orang yang paling bijak di kalangan yang kurang bijak.
dijadikan cerita, secara kebetulan dan serentak, orang-orang di bawah ini semuanya tidak dapat lagi menahan otot cerut di alat sulit mereka untuk membuang air. mereka teringat kata-kata lelaki tadi untuk menebuk dinding kapal itu. jadi semua mereka pun menebuk dinding kapal di bahagian bawah. namun belum sempat mereka membuang air, air laut masuk ke dalam kapal itu. lalu menyebabkan kapal itu karam sedikit demi sedikit. orang pandai pun tak tahu apa-apa tiba-tiba terus karam. semua orang mati. kalau ada yang selamat pun kita tak tahu sebab ini cerita dulu-dulu.
Jadi kenapa air laut masin? ... sebab orang yang dibawah itu kencing buang air dalam laut sebelum mati lemas.
orang cakap, golongan yang kurang bijak ni moral:
*orang pandai kalau tak nasihat orang kurang bijak, mereka sendiri akan dapat susah.
*orang kurang bijak jangan malas nak bertanya minta pendapat orang pandai.
*jangan minum air laut....(terpulanglah kalau nak minum gak)
*jangan
hahaha. bkn la. sbb air laut tak tawar. :)
ReplyDeletehaha...pnah minum air laut ke?
ReplyDeleteoh begitu kisahnya,,, hahaha...
ReplyDeleteair kencing masin ker? penah rase? hehe gurau je yer cikgu..hehe.
anyway.. singgah blog sini baca entry plus follow you balik..thanks~~
errr...lom rase lg. tgk dah taw masin hehe
ReplyDeletethnxs
ada yg kencingnya manis.. haha~
ReplyDeletesuka pesanan tu..
sha: yang manis tu air 'teh o'
ReplyDeletehaha..jgn kencing masa mndi kat laut..
ReplyDeletepada y suka kencing snyap..senya..muhahha~~
hehehe lucu ada logik pon ada...apa2 hal ada moral di sebalik penceritaan cikgu....thanks for sharing.
ReplyDeletehahahha.. gitu la cerita nya yer..
ReplyDelete