Kuasa-kuasa besar dunia yang utama di Eropah (Sepanyol, British, dan Portugis) masing-masing berlumba untuk meluaskan tanah jajahan. Dan mereka mula menelusuri jalan di lautan. Destinasi mereka ialah Timur. Dari situlah pelayar-pelayar menjumpai Tanjung Harapan (Cape Town) di Afrika dan seterusnya India sebelum ke Asia tenggara. Sesungguhnya pelayaran mereka dibiayai oleh sistem pemerintahan negara masing-masing dengan pembiayaan yang sangat besar.
Pada masa ini tidak terlintas di fikiran manusia bahawa dunia ini berbentuk sfera. Ramai yang beranggapan terlalu bahaya untuk belayar jauh kerana takut sampai ke hujung dunia dan kemudiannya terjatuh dari dunia ini. Seakan-akan dunia berpenghujung. Namun sifat ingin tahu manusia mengatasi segala-galanya.
Caution!!! The End of the Earth |
Dari Eropah mereka belayar ke barat dengan tiga tujuan utama. Yang pertama ialah untuk mencari tanah jajahan baru dan mengaut keuntungannya kerana kawasan di Timur banyak yang telah dijajahi. Kedua adalah untuk mengembangkan agama Kristian. Dan akhir sekali ialah untuk membuang golongan hamba yang berpenyakit ke tanah baru demi ‘membersihkan’ negara mereka.
Christopher Columbus merupakan ketua pelayaran yang pertama dari Eropah menjejakkan kaki ke Tanah Amerika. Di sinilah mereka berjumpa dengan satu bangsa yang berkulit merah. Mereka ini ialah golongan peribumi yang merupakan penduduk asal Amerika. Mereka digelar ‘Red Indian’. Kemudian Christopher telah menulis nota di atas sehelai kertas dan melipatnya menjadi kapal terbang. Dia memejam mata dan berniat dalam hati akan penerima surat tersebut sebelum melancarkannya ke udara. (Kalaulah ada teknologi seperti itu). Namun penjajah telah menipu mereka dan kebanyakan daripada mereka telah dibunuh. Tamatlah riwayat bangsa Red Indian.
Seriusnya muka Mr. Chesitopher ni |
Christopher telah kembali ke Eropah. Dia tidak pergi lebih jauh daripada Amerika. Pelayaran seterusnya merupakan pelayaran yang besar kesannya kepada dunia. Ferdinand Magellan dari Sepanyol mengetuai pelayaran bersejarah ini. Dia meneruskan pelayaran dari Eropah ke barat melangkaui Amerika. Sampailah dia bersama anak kapalnya ke Tanah Filipina.
Sampai sekarang Ferdinand tak tahu bumi ini sfera. |
Namun umur Ferdinand tidak panjang untuk mengetahui bahawa dunia ini berbentuk sfera. Dia telah mati dibunuh semasa kapalnya diserang lanun di perairan Filipina. Anak kapal yang terselamat meneruskan lagi pelayaran mereka. Sangkaan manusia bahawa dunia ini rata berubah apabila anak kapal Ferdinand Magellan kembali sampai semula di Sepanyol. Pada masa itulah sejarah geografi dunia berada dalam kekecohan. Sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka menjadi realiti. Bumi ini sfera dan tiada berpenghujungnya.
*Sebuah pemikiran yang hebat adalah melangkaui apa yang manusia biasa fikirkan.
**Setiap orang berpotensi melahirkan idea-idea yang baru jika dia benar-benar menggunakan otaknya.
***Tiada apa yang mustahil sehinggakan satu masa nanti api boleh memadamkan api.
****Akal dan fikiran yang terbatas ini tidak akan pernah cukup untuk mempelajari luasnya ilmu Tuhan.
nice info, jemput ke blog saya
ReplyDeleteMalaysia tergelincir!!!
ya, bumi itu bulat macam tembikai. tapi kita hanya mampu jadi ulat, menikmati isi tembikai sekaligus menghancurkan ~
ReplyDeletesaya fikir itu hanya ilusi saja ek..
ReplyDeletefilippo: ok
ReplyDeletechopu: ada tak ulat yg baik? yg rosakkan tembikai?
kiko: pengetahuan sejarah je ni
dtg la blog saie pulak.. kih4.. jgn lupe follow au..
ReplyDeleteBagus yer ade lak cite sejarah erk...menarik 2x
ReplyDeletesaya dulu mmg x minat sejarah nasib baik je tak fail...huhuhu
dulu sy minat cikgu sejarah...pastu barulah sy minat belajar sejarah :)
ReplyDeletegambar end of the world tu scary..haha
ReplyDeletehaha xla...tu imiganisi je tu
ReplyDelete: enta , org pun tatau siapa y cakap mcm tu . ~heee
ReplyDeleteKite kena bagitahu Ferdinand yang bumi kita sfera..hahaha...kite mms gambar bumi kat dia boleh tak.. ^_^..
ReplyDeletephee: org yg dulu2 la ckp cmtu
ReplyDeletesiti: laa kan dia dah mati...mcm mane nk bgtaw
salam,.snggah balas sni,.hehe,.xbley nk shout la,huhu,.nape ntah,.folo awk jgk,.tq sudi snggah sne,.
ReplyDeletekitakn dah ada satelit dan akgkasawan malaysia kita pun dh tgk bumi kita bulat..
ReplyDelete