nuff nuff

Wednesday 13 April 2011

Siapa cakap dunia ini bulat?

Kuasa-kuasa besar dunia yang utama di Eropah (Sepanyol, British, dan Portugis) masing-masing berlumba untuk meluaskan tanah jajahan. Dan mereka mula menelusuri jalan di lautan. Destinasi mereka ialah Timur. Dari situlah pelayar-pelayar menjumpai Tanjung Harapan (Cape Town) di Afrika dan seterusnya India sebelum ke Asia tenggara. Sesungguhnya pelayaran mereka dibiayai oleh sistem pemerintahan negara masing-masing dengan pembiayaan yang sangat besar.


Pada masa ini tidak terlintas di fikiran manusia bahawa dunia ini berbentuk sfera. Ramai yang beranggapan terlalu bahaya untuk belayar jauh kerana takut sampai ke hujung dunia dan kemudiannya terjatuh dari dunia ini. Seakan-akan dunia berpenghujung. Namun sifat ingin tahu manusia mengatasi segala-galanya.
Caution!!! The End of the Earth

Dari Eropah mereka belayar ke barat dengan tiga tujuan utama. Yang pertama ialah untuk mencari tanah jajahan baru dan mengaut keuntungannya kerana kawasan di Timur banyak yang telah dijajahi. Kedua adalah untuk mengembangkan agama Kristian. Dan akhir sekali ialah untuk membuang golongan hamba yang berpenyakit ke tanah baru demi ‘membersihkan’ negara mereka.

Christopher Columbus merupakan ketua pelayaran yang pertama dari Eropah menjejakkan kaki ke Tanah Amerika. Di sinilah mereka berjumpa dengan satu bangsa yang berkulit merah. Mereka ini ialah golongan peribumi yang merupakan penduduk  asal Amerika. Mereka digelar ‘Red Indian’. Kemudian Christopher telah menulis nota di atas sehelai kertas dan melipatnya menjadi kapal terbang. Dia memejam mata dan berniat dalam hati akan penerima surat tersebut sebelum melancarkannya ke udara. (Kalaulah ada teknologi seperti itu). Namun penjajah telah menipu mereka dan kebanyakan daripada mereka telah dibunuh.  Tamatlah riwayat bangsa Red Indian.
Seriusnya muka Mr. Chesitopher ni

Christopher telah kembali ke Eropah. Dia tidak pergi lebih jauh daripada Amerika. Pelayaran seterusnya merupakan pelayaran yang besar kesannya kepada dunia. Ferdinand Magellan dari Sepanyol mengetuai pelayaran bersejarah ini. Dia meneruskan pelayaran dari Eropah ke barat melangkaui Amerika. Sampailah dia bersama anak kapalnya ke Tanah Filipina.
Sampai sekarang Ferdinand tak tahu bumi ini sfera.

Namun umur Ferdinand tidak panjang untuk mengetahui bahawa dunia ini berbentuk sfera. Dia telah mati dibunuh semasa kapalnya diserang lanun di perairan Filipina.  Anak kapal yang terselamat meneruskan lagi pelayaran mereka. Sangkaan manusia bahawa dunia ini rata berubah apabila anak kapal Ferdinand Magellan kembali sampai semula di Sepanyol. Pada masa itulah sejarah geografi dunia berada dalam kekecohan. Sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka menjadi realiti. Bumi ini sfera dan tiada berpenghujungnya.

*Sebuah pemikiran yang hebat adalah melangkaui apa yang manusia biasa fikirkan.
**Setiap orang berpotensi melahirkan idea-idea yang baru jika dia benar-benar menggunakan otaknya.
***Tiada apa yang mustahil sehinggakan satu masa nanti api boleh memadamkan api.
****Akal dan fikiran yang terbatas ini tidak akan pernah cukup untuk mempelajari luasnya ilmu Tuhan. 

14 comments:

  1. ya, bumi itu bulat macam tembikai. tapi kita hanya mampu jadi ulat, menikmati isi tembikai sekaligus menghancurkan ~

    ReplyDelete
  2. saya fikir itu hanya ilusi saja ek..

    ReplyDelete
  3. filippo: ok
    chopu: ada tak ulat yg baik? yg rosakkan tembikai?
    kiko: pengetahuan sejarah je ni

    ReplyDelete
  4. dtg la blog saie pulak.. kih4.. jgn lupe follow au..

    ReplyDelete
  5. Bagus yer ade lak cite sejarah erk...menarik 2x
    saya dulu mmg x minat sejarah nasib baik je tak fail...huhuhu

    ReplyDelete
  6. dulu sy minat cikgu sejarah...pastu barulah sy minat belajar sejarah :)

    ReplyDelete
  7. gambar end of the world tu scary..haha

    ReplyDelete
  8. : enta , org pun tatau siapa y cakap mcm tu . ~heee

    ReplyDelete
  9. Kite kena bagitahu Ferdinand yang bumi kita sfera..hahaha...kite mms gambar bumi kat dia boleh tak.. ^_^..

    ReplyDelete
  10. phee: org yg dulu2 la ckp cmtu
    siti: laa kan dia dah mati...mcm mane nk bgtaw

    ReplyDelete
  11. salam,.snggah balas sni,.hehe,.xbley nk shout la,huhu,.nape ntah,.folo awk jgk,.tq sudi snggah sne,.

    ReplyDelete
  12. kitakn dah ada satelit dan akgkasawan malaysia kita pun dh tgk bumi kita bulat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...