nuff nuff

Saturday 9 April 2011

Arsenal FC (versi legend maktab aku)

Masa kat maktab dulu kira beruntunglah sebab padang dia besar. Dulu team negeri 9 pun datang training. Aku seronok duduk di maktab sebab member dan padang la. Kalau team maktab aku dulu macam arsenal, ini la line-upnya:


Klik untuk besarkan

Di posisi penjaga gol: 
Paan memang keeper tetap sebab dia yang paling konsisten. Dengan ketinggian dan keberaniannya, Paan sering mempamerkan aksi cemerlang menyelamatkan percubaan pihak lawan. Walau bagaimanapun di penghujung karier dia sering dihantui kecederaan lutut.
Mizi sebagai pengganti Paan. Walaupun meningkat naik di pertengahan umurnya, ini tak menghalang mizi dariapda memberikan jasa. Mizi juga terkenal kerana agression yang tinggi dan keupayaanya untuk save penalti. 

Wing Back
Khalil di bahagian kanan sering melakukan over lap dan telah mencipta banyak assist dalam kariernya. Dia sering bekerja keras dan sedia membantu rakan sepasukan. Lariannya yang pantas dan tubuhnya yang ringan membuatkan dia mudah melepasi pihak lawan.
Aiman Feisal merupakan pemain paling berbakat dalam pasukan ini. Kemahiran mengelecek dan teknik kawalan bola yang sangat baik merupakan aset penting bagi pemain yang kacak ini. Dia bertindak dengan cemerlang di bahagian sayap kiri dan bekerja sama dengan baik bersama Vicky. Dia diturunkan ke bahagian pertahanan kerana pemain sebelum ini, Dinesh bersara awal.

Center Back
Mack merupakan kapitan kami. Berbekalkan susuk tubuh yang tegap dan tinggi dia mengetuai pasukan kami dengan jayanya. Keberanian dan staminanya menjadi kunci utama pertahanan dapat menyekat asakan musuh. Dia juga sering mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol dalam set piece sama ada sepakan sudut mahupun sepakan percuma.
Anas mempunyai gaya permainan yang tersendiri. Terkenal dengan kebijksanaannya untuk menyekat dorongan dari pemain pasukan lawan. Dia juga bijak mengatur strategi dan bermain menggunakan otak lebih dari tenaga. Selain itu dia mempunyai hikmat 'kungfu Matahari' yang menyukarkan pihak lawan mencabar bola tinggi,.
Gobi merupakan pertahanan yang dinamik dan tidak suka membuat perangkap offside. Dia merupakan backup player yang boleh diharap apabila ketiadaan pemain utama.

Midfield
Hadi sangat terkenal sebagai pemain tengah dan berada di hadapan barisan pertahanan. Bermain secara bijak dan sering disamakan dengan pemain arsenal iaitu Alex Lagu. Hadi adalah pemain yang versatile dan mampu melakukan hantaran-hantaran yang dapat menciptakan jaringan. Dia juga bijak dalam mengatur strategi untuk menyekat permainan pihak lawan. Hadi merupakan kapitan kedua yang serba boleh dan sering membimbing rakan sepasukan ke jalan yang lurus.
Judin merupakan seorang playmaker yang berkesan. berkeupayaan untuk melakukan hantaran yang baik kerana dia mempunyai visi penglihatan yang luas seperti dahinya. Dia mampu mencipta peluang jaringan serta menyumbat bola ke dalam gol dari jarak dekat mahupun jauh. Tutor kepada Umar ini sering dicalonkan sebagai lagenda sepanjang zaman kerana dia berbakat besar dan merupakan pemain yang mesra dengan peminat.
Nyong berasal dari posisi center back namun sering membantu jentera serangan sehingga lupa untuk turun semula ke posisi pertahanan. Berikutan situasi ini dia telah diletakkan di bahagian tengah. Dia merupakan seorang pemain yang rajin...........penat. Walaupun begitu dia masih lagi berupaya membantu serangan. Pemain yang paling rajin sewaktu latihan ini mempunyai idola yang sama dengan Hadi iaitu Alex Lagu di mana corak permainan Alex Lagu menjadi ikutannya.

Wing
Azwan Baling bertindak sebagai wing yang bijak. Dia sering bemain di posisi ini kerana kebolehan mengelecek dan menjaringkan gol. Berbekalkan larian yang laju dan rembatan yang kemas, dia mendominasi bahagian serangan dan sering menjaringkan gol. Dia juga terkenal dengan sikapnya yang sering menaikkan semangat rakan sepasukan di waktu permulaan dan pertengahan permainan.
Vicky merupakan penjaring gol utama pasukan ini. Larian dan rembatannya yang deras membolehkan dia menewaskan pertahanan lawan dengan mudah. Dia juga berupaya menjaringkan gol dari sepakan percuma dan sepakan bebas dari jarak jauh. Dia merupakan pemain yang paling dikehendaki dan menjadi buruan pasukan luar.
Isa adalah pemain yang dibawa masuk secara percuma dari sebuah pasukan yang terpaksa dirahsiakan. Kelajuan dan ketahanan menjadi kunci utama pemain ini. Sering mencuri tumpuan kerana lariannya yang laju.

Striker
Zahir berindak sebagai penyerang dan bekerjasama baik dengan rakan sepasukan. Pemain yang paling kecil dalam pasukan sering mendapatkan sepakan percuma kerana dikatakan jatuh dalam keadaan yang menarik perhatian pengadil untuk memberikan sepakan percuma.
Rushdee adalah seorang pemain yang tegap sering mencuri tumpuan di penghujung kariernya. Kerap menjaringkan gol menarik dari situasi yang tak dijangka.
Aiman Safwan merupakan satu lagi pemain yang dibawa masuk. Namun kecederaan menamatkan kariernya.

5 comments:

  1. rajin nya :) HAHAHHAA

    main puas2 :)

    happy weekend !

    ReplyDelete
  2. hahaha... aku xsempat blaja jurus matahari anas tu...
    pehal lak aku midfield... ko kutuk aku ek budak kecik!

    ReplyDelete
  3. thanx wish!hehe..slmt hujung mgu ya!:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...