Shahir merupakan sahabat yang paling rapat denganku. mana taknya, dari sekolah rendah kami bersama sehingga ke sekolah berasrama. jadi kami memang rapat walaupun berbeza minat. shahir merupakan seorang yang kaki buku sedangkan aku pula lebih gemar bersukan. namun kami tetap rapat kerana berada di kelas dan asrama yang sama sehingga ke tingkatan 5.
kami berpisah kerana masing-masing dapat melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. dia di negeri sembilan dan aku di johor. tetapi menjadi kebiasaan bagi syahir untuk datang ke rumahku setiap kali cuti, maklumlah kami sekampung. aku sangat mengagumi dia kerana sentiasa berpewatakan sederhana dan tidak sombong.
setelah setahun tidak bersua muka berita sedih ini yang mengimbas kenanganku dengan dia. sebenarnya aku lebih kepada terkejut daripada sedih kerana segalanya secara tiba-tiba.
aku dan seorang lagi rakanku segera bertolak ke hospital kerana kami mendapat tahu jenazahnya akan sampai di hospital. tanpa banyak soal kami pun pergi dan sepanjang berada di dalam kereta, kami hanya membisu. setelah 30 minit kami pun sampai ke hospital.
aku pergi ke arah ahli keluarga arwah dan mereka berkata jenazah akan sampai bila-bila masa sahaja. aku dapat melihat mereka cuba tahan dari menangis. saat itu aku mula menjadi sebak. tidak lama kemudian kenderaan yang membawa jenazah pun sampai. petugas yang menunggu berpesan bahawa mereka terpaksa menguruskan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyerahkan jenazah kepada waris.
aku mengikut petugas itu membawa jenazah yang masih lagi di dalam peti. aku memasang telinga mendengar perbualan mereka. arwah dikatakn mengalami kemalangan di jepun. sebaik sahaja disahkan meninggal arwah terus diuruskan untuk penghantaran pulang ke tanah air. baru aku ingat yang arwah telah menyambung pelajaran di sana. Ya Allah, kalau begitu matinya adalah syahid kerana meninggal semasa mencari ilmu.
aku mengikut sehingga ke bilik mayat. arwah telah dikeluarkan dari peti dan di letakkan ke atas katil. sewaktu melihat jenazah, aku terus mengalirkan air mata. kain putih yang membalut mayat menjadi merah dan anggota yang bertugas di situ mengatakan bahawa darahnya masih lagi panas walaupun telah sehari dia meninggal. aku tidak dapat lagi menahan sebak kerana begitu jelas tanda-tanda mati syahid pada jenazah.
...
aku pun membuka mata, menyedari bahawa aku hanya bermimpi. tetapi aku dapat merasakan jantungku masih pantas berdegup dan perasaan sebak masih ada. seolah-olah mimpi ini benar-benar berlaku. aku berfikir apakah maksud mimpi ini lalu beberapa perkara dapat ku ambil pengajaran.
1. dan bila aku mati nanti, mulia atau hinakah jenazah ku nanti?
2. apakah dengan amalanku sekarang dapat ku beroleh husnul-khatimah?
3. ALLAH ingin mengingatkan ku dengan memberi mimpi kematian ini.
marilah sama-sama berdoa mendapat keredhaan ALLAH. kerana setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. cukuplah mati itu sebagai peringatan.
hari ini ada orang yang solat untuk jenazah anaknya, hari ini ada datuk yang solat untuk jenazah cucunya. janganlah kita selalu bersuka-suka di dunia ini kerana kehidupan yang kekal abadi ialah di akhirat kelak.
MasyaAllah...
ReplyDeleteMimpi ni agak mengerikan bila die melibatkan sahabat baik kita..
Ini tandanya awak dah dpt hidayah dari Allah..petunjuk agar kita terus bertaubat..terus menuju jalan yang benar..Mudah2an mati kita nnt, mati dlm keadaan yang mulia..amin...
amin...
ReplyDeleteerrr..sedih...byknyer khilaf..smga menjadi insan yg mati dlm keadaan mulia..
ReplyDeleteamin...
ReplyDeletekematian tidak mengenal usia.
ReplyDeletekematian itu pasti
ReplyDeletemasyaAllah! sye pun pernah mimpi cmni...dan org yg saye mimpi 2, ayah saya sendiri! saya tye mak sya, ape petanda nye, mak saye kate, org dulu2 ckp: klo mimpi seseorg 2 mati, maksudnye org 2 hidup lame.. tpi pape pon,, setiap org pasti mati1
ReplyDelete