nuff nuff

Wednesday 20 April 2011

personaliti diri mengikut warna

warna yang anda suka sebenarnya boleh menggambarkan beberapa sifat semulajadi diri anda. catatan di sini mungkin tidak 100% tepat tetapi sedikit sebanyak membantu anda mengetahui kelebihan dan kekurangan anda.

Bagaimana caranya mengenal pasti warna bagi diri anda?
1. perhatikan barang-barang kepunyaan anda, di antara ke semuanya, warna apakah yang paling banyak?
2. warna pakaian yang selesa dan kerap anda memakainya.
3. mata anda dapat mengesan warna ini dengan cepat sehingga anda akan menoleh untuk melihatnya lebih lama.


pick your colour!

warna dan sifat

1. merah:- orang yang kuat temberang. sebenarnya orang yang gemar warna merah ini ingin orang lain sangkakan diri mereka berani, namun sebenarnya mereka hanyalah temberang saja.

2. biru:- orang yang suka menunjuk-nunjuk. warna biru selalunya digemari oleh orang yang berpakaian kemas dan segak/cantik kerana ingin memperlihatkan kepada orang lain. mereka terbiasa menunjuk-nunjuk dari segi pakaian dan penampilan serta ingin orang lain mengatakan mereka bijak.

3. kuning:- orang yang banyak bercakap. jika anda bersama orang yang suka warna kuning ini, mereka lah yang akan mendominasi perbualan dan susah untuk menamatkan cerita. ada saja yang hendak dilafazkan sehingga anda akan berkata dalam hati "cukuplah tu".

4. ungu:- orang yang cepat berputus asa. orang yang meminati ungu ini sebenarnya inginkan merah jambu. tapi mereka berputus asa dengan memberi alasan mereka tidak layak untuk merah jambu. mereka sering memberi alasan kepada diri mereka bahawa cukuplah apa yang mereka ada sekarang walaupun mereka mampu memiliki lebih daripada itu.

5. hijau:- orang yang senang terpengaruh. mereka yang selalu dengan warna hijau ini lebih gemar mendengar orang lain bercerita dan biasanya akan terpengaruh. golongan ini perlu berhati-hati dengan agen jualan langsung kerana susah untuk mereka mengelakkan diri daripada terpengaruh.

6. putih:- orang yang boleh diharap. orang seperti ini sesuai dijadikan teman di saat anda tegang atau berduka. dia boleh mendengar dengan baik dan boleh menyerap tekanan atau kesedihan orang lain.

7. hitam:- orang yang berani. hitam adalah warna sebenar yang melambangkan keberanian. ciri-ciri orang meminati warna hitam ini termasuklah mereka tahan lasak dan degil. degil di sini beerti orang yang susah berputus asa.

8. merah jambu:- orang yang suka meniru perbuatan orang lain. mereka ini selalunya tiada identiti sediri. mereka lebih gemar memilih sesuatu sedia ada yang popular. mereka suka sesuatu yang semula jadi dan sedia ada telah cantik/baik. mereka kadangkala mengejar sesuatu kerana merasakan diri mereka tidak lengkap. namun tidak salah memilih merah jambu.

*walau apa pun warna yang menjadi identiti anda, sikap dan personaliti juga dipengaruhi oleh persekitaran dan pengalaman.
**sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri

21 comments:

  1. alamak ceq minat kaler kuning lahh...=)

    ReplyDelete
  2. sy suke putih dgn hitam. mmg kne ngn sy. hehe

    ReplyDelete
  3. anis suke pink..tp kenape buruk snagat personaliti si jambu nie...aish...weee

    btw tenks yup follow anis..:)

    ReplyDelete
  4. anis: bukan buruk. dari sudut positifnya merah jambu ingin menjadi yang terbaik...

    ReplyDelete
  5. like green & white..thanks 4 information..hhhhhhhhheeeeeeeeee~

    ReplyDelete
  6. warna kegemaran adalah warna kekurangan. dan kau akan memerlukan. warna merah contohnya. melambangkan keberanian. kau sukakan. bermakna kau sedang takut dan perlukan keberanian itu. tidak ada temberang kerana kesemulajadian itu adalah kejujuran.

    ReplyDelete
  7. how about oren ? adakah campuran sikap merah campur kuning ? hehe musykil ~

    ReplyDelete
  8. eh! macam kena skit! tapi biarlah rahsia..haha!

    ReplyDelete
  9. warna apa pun kita x kan jd masalah...bring out the best in you :)

    ReplyDelete
  10. salam kenal, follow back..

    hm, si hijau cepat terpengaruh yerk.. rasanya kalau dengan jualan langsung ni hubby yang lebih cepat terpengaruh, huhu

    ReplyDelete
  11. tak semestinya tepat hehe... maybe kak mas hijau pucuk pisang

    ReplyDelete
  12. zack, ko ckp pasal warna ni pehal? nk pilih tema utk wedding sapa?

    http://nyongatthesky.blogspot.com/2011/04/kata-bonda.html

    ReplyDelete
  13. wedding ipen la...john don't show your true colour k :)

    ReplyDelete
  14. adess.. kaler pink la..

    i suke meniru ke?

    kih3 :D

    ReplyDelete
  15. dermmm siot je yg pink tuu
    pas ni taknak suke wane pink lagi laaa
    hehehe

    ReplyDelete
  16. ahahaha...aku degil sbb suke itam,,,ngeh3...

    ReplyDelete
  17. 6. putih:- orang yang boleh diharap. orang seperti ini sesuai dijadikan teman di saat anda tegang atau berduka. dia boleh mendengar dengan baik dan boleh menyerap tekanan atau kesedihan orang lain.

    awww i like! :D

    ReplyDelete
  18. suka hijau..yang l betul kecuali hna xmudah terpengaruh :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...