nuff nuff

Sunday 17 April 2011

Ustaz Razak

Seorang guru kemahiran hidup yang dipanggil ustaz

Tarmizi: Ustaz kayu saya dah hilang satu. Nak minta kayu baru boleh tak ustaz?
Ust. Razak: Pergi ambil wudhu' dulu. Kemudian datang sini semula.
Tarmizi: Kenapa ustaz?
Ust. Razak: Kamu mahu kayu kan? kalau mahu pergi ambil wudhu' dulu.
Tarmizi: Baik ustaz....(sambil berlalu pergi meninggalkan bengkel kemahiran hidup)

selepas 5 minit Tarmizi datang semula.

Tarmizi: Saya dah ada wudhu' ustaz.
Ust. Razak: Bagus sekarang ikut saya pergi stor.

Sebaik sampai di dalam stor, ustaz Razak menghamparkan sehelai kain bersih.

Ust. Razak: Sekarang kamu solat hajat dan minta pada Allah kayu baru untuk siapkan projek kamu tu.
Tarmizi: ??? baik ustaz ..... (menurut sahaja tanpa menyoal)

Begitulah usaha murni seorang guru untuk menanamkan rasa yakin pelajarnya terhadap Allah. Beliau cuba menerapkan bahawa kepada Allah lah tempat kita memohon segala-galanya.

*Ustaz Razak merupakan seorang guru yang senantiasa menerapkan pengajaran agama Islam dalam diri setiap pelajarnya.
*Baru-baru ini Ustaz Razak datang melawat keluarga ku walaupun aku tiada. Terharu kerana beliau tidak pernah lupa akan pelajarnya yang nakal tak berapa baik ni. InsyaAllah ustaz, segala tunjuk ajar akan saya ingat sampai bila-bila.

5 comments:

  1. ya...gud entry...
    zizi here...
    salam ukhwah...
    kindly visit my blog...

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwah fillah :) nice entry..huhu..salam kenal dri blog srikandi cinta

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...