nuff nuff

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Friday, 13 April 2012

Dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali


Guru dari Kelantan maut dalam kemalangan ngeri

Posted on April 13, 2012, Friday

MENYAYAT HATI: Orang ramai menanti jenazah mangsa dimandikan di Masjid Besar Limbang semalam sebelum dihantar ke Miri.
LIMBANG: Seorang pemilik kedai makan di sini tidak menyangka kelakuan pelik seorang guru yang juga pelanggan tetapnya mencuci tangan sejurus tiba di kedainya pagi kelmarin, rupa-rupanya petanda terakhir sebelum terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 28 Jalan Batu Danau, malam kelmarin.
Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, Dzulkarnain Paudzi yang berasal dari Kelantan dan bertugas sebagai guru kelas Pemulihan Linus di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat, maut di tempat kejadian, manakala rakannya, Zaidi Mohamad cedera parah di bahagian tangan dan muka.
Pemilik kedai terbabit berkata, mangsa gemar minum teh halia dan disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan mesra dengan orang di sekelilingnya.
“Biasanya dia (mangsa) akan minum di kedai saya setiap pagi bersama seorang rakannya.
“Namun, kami berasa pelik dengan kelakuannya yang tiba-tiba mencuci tangan kerana beliau tidak pernah bersikap demikian selama ini,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Beliau berkata, mangsa juga sempat berborak dengan tukang bancuh minuman di kedai terbabit sebelum beredar pada hari kejadian.
Kelakuan pelik itu, jelasnya, menjadi petanda terakhir sebelum Dzulkarnain terbunuh dalam kemalangan berkenaan.
“Kehilangan beliau amat dirasai, dan kami berasa sedih kerana kehadirannya sering memeriahkan kedai makan ini,” katanya pemilik kedai berkenaan.
Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Inspektor Khairol Ridzuan Ahmad ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, kemalangan tersebut membabitkan tiga buah kenderaan termasuk kereta Kancil yang dipandu mangsa, sebuah kereta Toyota Fortuner dan Toyota Camry.
Khairol Ridzuan berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari Brunei menuju ke bandar bersama rakannya yang juga seorang guru di SK Gadong di sini.
“Dalam perjalanan pulang, kereta mangsa bertembung dengan sebuah kereta Toyota
Fortuner dari Kota Kinabalu menuju ke Brunei dan hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan.
“Manakala, kereta Toyota Camry yang mengekori kereta Kancil itu tidak sempat mengelak dan merempuh kereta mangsa.
“Akibatnya, mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah dan kedua-dua kakinya patah,” katanya.
Beliau memberitahu, mangsa yang turut mengalami kecederaan lain di beberapa bahagian badan, manakala rakannya yang mengalami kecederaan parah di tangan dan muka dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Beliau menjelaskan, polis masih menyiasat punca kemalangan manakala pemandu Toyota Fortuner terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) untuk soal siasat.
“Pemandu kereta Fortuner kini masih ditahan untuk disoal siasat di bawahSeksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Khairol Ridzuan menambah, sebanyak empat kemalangan melibatkan lima kematian direkodkan sepanjang tahun ini sehingga kelmarin.
Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa meningkatkan keselamatan terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.
Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati puluhan orang memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah mangsa yang dimandikan di Masjid Besar di sini.
Difahamkan, jenazah Dzulkarnain akan dihantar ke Miri menggunakan van jenazah sebelum diterbangkan dari Miri ke Kuala Lumpur pada jam 4.20 petang ini untuk dikebumikan di kampung halamannya.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/04/13/guru-dari-kelantan-maut-dalam-kemalangan-ngeri/#ixzz1ruzPCgCE

Saturday, 8 October 2011

PSKPPS Bahagian Pedalaman Sabah 2011

PSKPPS Bahagian Pedalaman Sabah 2011 ni melibatkan daerah Tambunan, Keningau, Tenom, dan Nabawan. Ada juga penyertaan dari Sook walaupun kawasannya dalam daerah Keningau.

Aku bersyukur sebab posting di Tambunan ni memberikan peluang untuk terlibat dalam sukan. Walaupun kawan-kawan di semenanjung masuk pelbagai event yang membuatkan aku iri hati (klik sini), tapi penyertaan dalam PSKPPS ni cukup untuk mengubat hati.

Hanya dua acara saja yang aku sertai iaitu bola sepak dan jogathon 10km. Dalam game bola sepak, aku join team PPD Tambunan. Team ni adalah team kedua Tambunan dan banyak pengalaman yang aku dapat walaupun tidak dapat masuk pusingan semi-final. Apa yang penting hubungan aku dengan rakan-rakan terutamanya Robby, Ian, Walter, Roy & lain-lain bertambah rapat.

depan: Roy, Ian, Hj Jaini, aku, Awi
Belakang: Junior, Ismadi, Asrul, Rajudin, Robby, Walter




kredit pada Dicky untuk photo diatas...

Pemenang-pemenang setiap kategori semasa Jogathon.

Untuk kejohanan jogathon kali ni aku rasa sangat susah. Walaupun 10km tapi laluannya sangat sukar. Treknya melibatkan kawasan berbukit. Latihan pun sangat kurang menyebabkan aku tak dapat menyamai rekod peribadi untuk 10km kali ni. Alhamdulillah dapat juga menamatkan saingan di tempat ke-5 kategori lelaki terbuka.

p/s: harapan selepas ini supaya dapat join lebih banyak event walaupun keseorangan...


Thursday, 28 April 2011

Rugi kalau tak tengok video ni

Hari isnin sampai rabu aku pergi kursus di keningau. Tak dapat update blog. Semalam tak online juga sebab nak prepare untuk kelas hari ini. Mengikut jadual, sepatutnya aku dipantau sewaktu mengajar. Jadi sibuklah cari BBM (bahan bantu mengajar) yang lama-lama masa di maktab dulu. Dalam sibuk-sibuk mencari terjumpa pula video lama ni. Video ini dihasilkan oleh sekumpulan pelatih lelaki yang sekarang dah jadi guru. Menjadi kebiasaan orang lelaki untuk buat kerja last minute. Video ini merupakan tugasan bahasa Melayu kalau tak silap. Dah lupa sebab dah lama sangat. Saksikan sendiri video yang ringkas tapi menghiburkan ini.

Comel kan?

*tak jadi kena pantau sebab ada mesyuarat tadi~~

Sunday, 17 April 2011

Ustaz Razak

Seorang guru kemahiran hidup yang dipanggil ustaz

Tarmizi: Ustaz kayu saya dah hilang satu. Nak minta kayu baru boleh tak ustaz?
Ust. Razak: Pergi ambil wudhu' dulu. Kemudian datang sini semula.
Tarmizi: Kenapa ustaz?
Ust. Razak: Kamu mahu kayu kan? kalau mahu pergi ambil wudhu' dulu.
Tarmizi: Baik ustaz....(sambil berlalu pergi meninggalkan bengkel kemahiran hidup)

selepas 5 minit Tarmizi datang semula.

Tarmizi: Saya dah ada wudhu' ustaz.
Ust. Razak: Bagus sekarang ikut saya pergi stor.

Sebaik sampai di dalam stor, ustaz Razak menghamparkan sehelai kain bersih.

Tuesday, 12 April 2011

Cinta Sekolah Rendah

Dalam surat Agatha kepada Aaron:

"kamu suka sama saya tak? kalau tidak saya pindah pergi tempat lain.saya tahu kamu tak suka saya sebab kamu suka perempuan yang cantik saja kan. minggu lepas saya suka kamu tapi sekarang saya tahu kamu tak suka saya dan saya pun tak suka kamu lagi."

... surat dirampas oeh cikgu Olivia (OP)
soal siasat dilakukan terhadap Agatha (Ag):

Friday, 8 April 2011

Review murid 1 marikh

Kelas 1 Marikh merupakan kelas kedua bagi tahun 1. Terdiri daripada 14 orang murid yang masih lagi suci dan mulus. malam ni kita review 4 orang murid tahun 1 marikh

1. Erick Vickrick Siverinus
Nama panggilan    :Erick. 
Ciri-ciri istimewa :Dia juga adik kepada si Sammy yang hari tu (klik sini). Seorang yang pendiam tetapi bijak. Boleh mengeja mengikut naluri tanpa melihat ejaan sebenar (tapi banyak yang salah dari betul la). Memakai kasut besar yang pasti bukan kasut dia. Mungkin kasut abang dia.

Thursday, 31 March 2011

Cikgu, si Sami sakit......!! Part 2

Sambung cerita semalam, siap yang belum baca klik sini.

Dalam jam 1 aku dan Clarence bawa si Sammy pulang ke rumah. MA tu ada pesan yang perut si Sammy kosong. Jadi kenalah bawa dia pergi makan dulu tapi dalam jam 2 kena bawa dia datang semula. Clarence pun cakap kita hantar si Sammy balik dulu suruh dia makan di rumah dan lepas tu suruh bapanya hantar ke hospital semula jam 2. Aku pun ikut saja dengan cadangan Clarence.


Wednesday, 30 March 2011

Cikgu, si Sami sakit......!!

Minggu ni aku sama housemate jadi guru bertugas di sekolah. Antara tugasnya ialah buat statistik kehadiran murid, jaga murid masa ambil makanan RMT & pastikan murid yang bertugas kutip sampah. Mula-mula ingatkan tiada yang susah sangat sampailah ke hari ini semua ok je. 

Tuesday, 29 March 2011

Hujan...!!!!

Alhamdulillah tiap-tiap hari hujan di Tambunan. Biasalah kalau masa hujan macam ni cepat je rasa mengantuk. Bolehlah rehat lebih sebab esok nak selesaikan ujian LINUS untuk kelas 1 Marikh.

Monday, 28 March 2011

one month to go...


tak sabar nak tunggu PAYDAY sebab banyak hutang nak dijelaskan

Thursday, 24 March 2011

Cikgu PANCUT!!!!!

CIKGU PANCUT!!!!!!
APA YANG PANCUT??
BOLA KAMI SEMUA PANCUT!!!

teperanjat bila murid aku sebut macam tu. Time tu aku tengah ajar pj. So budak2 laki macam biasa la nak main bola je keje nye. kali ni aku bagi la can diorang nak main bola. Pastu aku pun suruh si Joel pergi ambil bola kat stor. tak sampai 2 minit dia datang balik dengan melafazkan dialog pancut itu...hehe.

Tuesday, 22 March 2011

menu yg sme tp tggl aku sorg

menu popular: 
nasi putih
sardin
telur dadar

teringat time kt mktb dlu ni la menu yg salu ak mkn. skrg ni pn ak mkn menu yg sme tp dgn org len plak. kalo kt mktb dlu mkn dgn iqbal, isa, paan, khai, apis, mapek n ayad. huhu aku xtaw la korg skrg mkn menu pe. kalo korg dok umah msti la mkn mskn mak.

Sunday, 20 March 2011

back to sabah...<=

syukur sbb da abez konvo n dpt jmpe fmly...skrg ade kt tambunan smula...share sket pic ms konvo
Abah, aku & mak

Friday, 11 March 2011

gudbye Tambunan

gudnye tambunan...(walaupn 9 hari je hehe)....smlm pas sekolah ak terus siap agkt2 beg g ke pekan. pastu naik taxi (sbnrye innova) g ke penampang. dari penampang ak ikut fmly housemate aku blk ke beaufort. dlm 8.30 mlm bru la smpai kt umah die.

Monday, 7 March 2011

Tahukah anda?

ase klakar pn ade sbb time aku search image GB ak kt google terjumpa la link ni menyatakan GB ak juara golf....nila GB aku. nme dia Sabjik Jack....korg bc la dlu. 

SABJIK JUARA GOLF


TAMBUNAN: Cabaran Golf merebut Piala Waz Lian Group of Companies di Kelab Golf Tambunan (TNGC) kelmarin berakhir dengan kemunculan Sabjik Gugau sebagai juara keseluruhan daripada 98 peserta. 


Sabjik mengungguli kejuaraan tersebut setelah mencapai pukulan bersih 61 yang sekaligus membawanya kepada handicap baru 17. Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan pada kejohanan tahunan itu. 

Thanks GB..!!!!!!

huhu arini aku sgt heppy sbb Guru Besar (GB) bg ak cuti off record jumaat ni sbb flight ak jumaat (walaupn ptg). hehe tq vry much GB sbb bg cuti yg sgt menyenangkan aku n yg plg best off record plak tu. 

Thursday, 3 March 2011

Ckgu ckgu Ni Naaaa!!!!

Mgu ni ujian bulan mac...so xmengajar la just msuk claz bg paper n suro murid jwb. huhu tp yg bez ble ak msuk thun 1. Ms tu paper math. so cikgu Suzan (yg ajar math thn 1) pesan suro ak terangkan arahan supaya diorg jwb dgn betul sbb yg ni Saringan 1 LINUS.

Sunday, 27 February 2011

Saturday, 26 February 2011

AMBUYAT...???

 syukur alhamdulillah...harini bertuah sgt sbb dpt mkn mcm2 n yg pnting mkn free <= .pg td lebih kurang kol 10 fmly housemate ak (rizal) dtg. mule2 igt dtg nk melawat je tp upe2nye dtg mmbawa rezki yg byk utk ak mkn. rizal ckp fmly die dr beufort smlm tdo di kk. pg td bertolak dr kk ke cni. 

Friday, 25 February 2011

Jom belajar dusun

sejak2 kt cni mcm bhs dusun yg ak dgr..mcm filipina pn ad...maklum la xpnah dgr sblum ni...tp skrg bleh blaja sket2...nnt murid tnya dlm bhs dusun leh la jwb.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...