Minggu ni aku sama housemate jadi guru bertugas di sekolah. Antara tugasnya ialah buat statistik kehadiran murid, jaga murid masa ambil makanan RMT & pastikan murid yang bertugas kutip sampah. Mula-mula ingatkan tiada yang susah sangat sampailah ke hari ini semua ok je.
Hari ini selepas ada dua orang murid bawa kawannya. Salah seorang pun cakap, "Cikgu si Sami sakit......!" Dengar nama Sami pun aku rasa nak ketawa tapi tahan je. Aku pun tengoklah keadaan si Sami. Nampak macam ok tapi aku bawa juga pergi jumpa Cikgu Flora sebab dialah guru kesihatan. Cari-cari cikgu Flora tiada rupanya dia keluar kerana ada urusan. Jadi aku beritahu si Sami tunggulah sekejap sampai cikgu Flora balik.
Selepas itu aku pun masuk bilik pemulihan sebab nan buat ujian lisan untuk LINUS tahun 1. Murid yang mula-mula si Mixwill. Selepas semua soalan ditanya aku pun suruh dia balik kelas dan panggil si Erick. Lepas tu cikgu Jelina pun masuk bawa si Sami tadi. Dia suruh si Sami baring sementara dia cari cikgu untuk bawa Sami pergi hospital. Kebetulan aku ada di situ dengan cikgu Clarence. Jadi cikgu Clarence pun offer ajak aku bawa si Sami pergi Hospital Tambunan. Aku pun setujulah.
Bila keluar dari bilik pemulihan si Erick pun sampai. Rupa-rupanya si Erick ni adik si Sami. Bila cikgu Clarence cakap yang abang dia tak sihat dia pun dengan concernnya rasa dahi abang dia. Pastu dia letak tangan di perut. Aku, cikgu Jelina & Clarence tengok je perbuatan si Erick sambil ketawa. Bagus betul la si Erick ni. Nampak la dia rapat dengan abang dia.
Kerani pun datang & bagi surat untuk bawa murid pergi hospital. Aku pun tengok surat tu, barulah aku tahu namanya 'Sammy' Severinus. Bukannya Sami (haha). Lepas itu aku dengan Clarence bawalah si Sammy ni pergi wad kecemasan sebab dia macam sesak nafas.
Belum keluar kereta lagi dia termuntah. Nasib baiklah dah sampai. Clarence pun cepat-cepat dukung dia n bawa pergi tepi longkang. Kesian Clarence. Dahlah kereta baru, kena muntah pula. Lepas dia muntah, aku bawa dia pergi bersihkan seluar sebelum bawa dia masuk.
Sebenarnya si Sammy ni ada athma. Dia kena serangan sebab sejuk. Dia muntah sebab perut kosong. Kesian dia. Dia guna oksigen dalam 30 minit lepas tu MA tu ambil darah & bawa dia pergi wad separa kritikal. Lepas tu ada MA lain yang suntik ubat kat tangan dia.
Sammy tak nangis pun kena suntik |
Disuntik ubat sambil diperhatikan oleh MA & seorang pelatih. |
penat taip...nanti sambung lagi... <=
No comments:
Post a Comment