nuff nuff

Thursday 19 May 2011

Kisah Pelayaran Sinbad

Bulan purnama akan datang genaplah 3 tahun Sinbad berada di lautan. dia belayar dari sebuah tempat ke tempat yang lain dengan kapalnya 'viaje'.  seperti biasa setiap kali bekalan makanannya hampir habis, dia akan berlabuh di mana saja penampatan yang berhampiran. akhirnya dia berlabuh ke sebuah negeri yang dipanggil babor.
viaje

Orang tempatan di negeri itu sangat peramah dan baik. mereka mempelawa Sinbad untuk tinggal lebih lama sebelum kembali ke laut. Sinbad bersetuju kerana baginya penduduk di situ boleh dipercayai. akhirnya Sinbad terpandang seorang perempuan yang sangat cantik. selepas menyiasat latar belakang perempuan itu, sedarlah dia bahawa perempuan itu bernama Jazmin anak kepada seorang peniaga. Perihal Sinbad menyukai Jazmin diketahui oleh peniaga itu. dia bersetuju jika Sinbad memperisterikan Jazmin. bertuahlah nasib Sinbad kerana dapat mengahwini perempuan idamannya.
Selepas dua minggu berkahwin, Jazmin menghembuskan nafasnya yang terakhir. rupa-rupanya dia memang menghidapi penyakit dan Sinbad tidak mengetahui perkara ini. satu lagi perkara yang tidak diketahui oleh Sinbad ialah adat di negeri itu. Apabila suami meninggal, isteri akan ditanam bersama mayat suami dan begitulah juga sebaliknya. basahlah badan Sinbad dengan peluh apabila mengetahui dia akan ditanam hidup-hidup. Sinbad tidak dapat melawan apabila dipaksa untuk masuk ke kubur isterinya. dia dikambus dengan tanah, namun sempat dia berlindung di bawah keranda isterinya.

Lebih kurang 1 jam selepas ditanam barulah Sinbad membuka matanya. dia menoleh ke kiri dan kanan mencari harapan untuk keluar. tiba-tiba dia terdengar ada perempuan menangis perlahan. rupa-rupanya tangisan itu dari kubur yang berhampiran. dia mengamati tangisan itu dan merangkak menuju ke arahnya. barulah dia sedar bahawa jarak antara kubur-kubur yang ada sangat dekat. dia dapat samar-samar ada seorang perempuan yang menangis di bawah sebuah keranda. Mungkin ini 'malaikat' bisik hati kecil Sinbad.

Perempuan itu turut dapat melihat kehadiran Sinbad. dalam keadaan terkejut perempuan itu hendak menangkat kepalanya namun terhantuk di keranda, maka berdarah kepala perempuan itu. Apabila Sinbad sampai ke arah perempuan itu, dia sudah mati. tinggallah Sinbad keseorangan. namun Sinbad terus merangkak ke kubur yang lain sehinggalah dia menemui sekumpulan akar pokok. berbekalkan kekuatan yang ada dia menggali ke atas sehinggalah bertemu semula daratan dan mendapati hari sudah gelap.

Sinbad kemudiannya melarikan diri ke perlabuhan sebelum belayar dengan kapalnya yang masih berlabuh di situ. tidak ada seorang pun yang menyedari pemergian Sinbad. mereka berasa pelik dan hairan apabila mendapati kapal Sinbad hilang begitu saja. Sinbad pula terus meninggalkan negeri babor dan belayar jauh ke arah barat. Sejak dari itu Sinbad menukar namanya kepada Popeye.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...