nuff nuff

Friday 8 April 2011

Review murid 1 marikh

Kelas 1 Marikh merupakan kelas kedua bagi tahun 1. Terdiri daripada 14 orang murid yang masih lagi suci dan mulus. malam ni kita review 4 orang murid tahun 1 marikh

1. Erick Vickrick Siverinus
Nama panggilan    :Erick. 
Ciri-ciri istimewa :Dia juga adik kepada si Sammy yang hari tu (klik sini). Seorang yang pendiam tetapi bijak. Boleh mengeja mengikut naluri tanpa melihat ejaan sebenar (tapi banyak yang salah dari betul la). Memakai kasut besar yang pasti bukan kasut dia. Mungkin kasut abang dia.


2. Marselinus Markus
Nama panggilan    :Marselinus
Ciri-ciri istimewa  :Selalu ada hingus kering di hidung. Berminat dengan matematik sampai setiap soalan dia nak tunjuk dia dah siapkan. Selalu tarik tangan cikgu walaupun selepas dia pegang hidung dia tu. Satu-satunya budak lelaki yang ada peraut (sharpener) dalam kelas.

3. Madina Felix
Nama panggilan    :Madina
Ciri-ciri istimewa  :Suka memanjat sehingga pernah memanjat belakang cikgu ketika cikgu tak perasan. Selalu keliru kerana kurang keyakinan diri. Kalau ditanya semula soalan yang sama mesti dia bagi jawapan yang berbeza.

4. Jeslina Jouti
Nama panggilan    :Jeslina
Ciri-ciri istimewa  :Mendapat markah ketiga tertinggi dalam ujian bertulis LINUS Matematik. Berasal dari kelas zuhal tetapi ditumpangkan di kelas marikh sebab tak lancar membaca. Suara dia sangat perlahan. Bercakap macam berbisik dan sangat sukar memberi respon jika ditanya.




Erick & Marselinus di depan. Madina & Jeslina di belakang. 
Review akan diteruskan dari semasa ke semasa....ok wasalam

5 comments:

  1. laaa... huhu yg pnting pndai :)

    ReplyDelete
  2. peguam: yg penting diorg minat blajar btol x? :)
    cik tom: ha'a cikgu la ni

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum chegoo!!!! hehee..
    ouh, nam2 mereka sgt la kachak.. hehe

    ReplyDelete
  4. wa'alaikumsalam. nama mereka sangat la unik :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...