nuff nuff

Thursday, 28 April 2011

Rugi kalau tak tengok video ni

Hari isnin sampai rabu aku pergi kursus di keningau. Tak dapat update blog. Semalam tak online juga sebab nak prepare untuk kelas hari ini. Mengikut jadual, sepatutnya aku dipantau sewaktu mengajar. Jadi sibuklah cari BBM (bahan bantu mengajar) yang lama-lama masa di maktab dulu. Dalam sibuk-sibuk mencari terjumpa pula video lama ni. Video ini dihasilkan oleh sekumpulan pelatih lelaki yang sekarang dah jadi guru. Menjadi kebiasaan orang lelaki untuk buat kerja last minute. Video ini merupakan tugasan bahasa Melayu kalau tak silap. Dah lupa sebab dah lama sangat. Saksikan sendiri video yang ringkas tapi menghiburkan ini.

Comel kan?

*tak jadi kena pantau sebab ada mesyuarat tadi~~

Sunday, 24 April 2011

Cita-cita Anak Kembar Tiga

Wanita sedang hamil buat kali pertama. Perasaan gembiranya ditambah lagi dengan mendapat tahu dia mengandungkan anak lelaki kembar tiga. Hati siapa yang tak bahagia setelah tiga tahun menunggu akhirnya dikurniakan dengan kembar tiga.

Setelah lima bulan Wanita mengandung, dia dapat perhatikan perubahan pada perutnya. Semakin besar perutnya semakin bijak anak-anaknya. Itulah hipotesis yang dibuat oleh Wanita. Terdetik di dalam hati Wanita untuk mengetahui sama ada anak-anaknya itu berinteraksi atau tidak antara satu dengan yang lain.

Sebenarnya memang ketiga-tiga kembar itu berinteraksi. Ingin tahu apa yang dibualkan antara mereka?

Wednesday, 20 April 2011

personaliti diri mengikut warna

warna yang anda suka sebenarnya boleh menggambarkan beberapa sifat semulajadi diri anda. catatan di sini mungkin tidak 100% tepat tetapi sedikit sebanyak membantu anda mengetahui kelebihan dan kekurangan anda.

Bagaimana caranya mengenal pasti warna bagi diri anda?
1. perhatikan barang-barang kepunyaan anda, di antara ke semuanya, warna apakah yang paling banyak?
2. warna pakaian yang selesa dan kerap anda memakainya.
3. mata anda dapat mengesan warna ini dengan cepat sehingga anda akan menoleh untuk melihatnya lebih lama.


Sunday, 17 April 2011

Ustaz Razak

Seorang guru kemahiran hidup yang dipanggil ustaz

Tarmizi: Ustaz kayu saya dah hilang satu. Nak minta kayu baru boleh tak ustaz?
Ust. Razak: Pergi ambil wudhu' dulu. Kemudian datang sini semula.
Tarmizi: Kenapa ustaz?
Ust. Razak: Kamu mahu kayu kan? kalau mahu pergi ambil wudhu' dulu.
Tarmizi: Baik ustaz....(sambil berlalu pergi meninggalkan bengkel kemahiran hidup)

selepas 5 minit Tarmizi datang semula.

Tarmizi: Saya dah ada wudhu' ustaz.
Ust. Razak: Bagus sekarang ikut saya pergi stor.

Sebaik sampai di dalam stor, ustaz Razak menghamparkan sehelai kain bersih.

Saturday, 16 April 2011

blog ini ditag buat kali pertama...

thanks kepada CikguEyta kerana sudi beri penghargaan untuk blog yang biasa ni.

klik pada nama CikguEyta untuk pergi ke blog beliau.

7 info pasal saya:
  • seorang guru yang baru bertugas di Tambunan, Sabah
  • berasal dari Merlimau, Melaka
  • guru yang tak pandai marah
  • natural & positif
  • gemar bersukan
  • hobi membaca
  • not single

Friday, 15 April 2011

bakat murid-murid

ramai anak kecil yang berbakat walaupun bukan dari segi akademik.
inilah si erick sambil menyalin sambil menyanyi. si marselinus pun sibuk nak menyanyi.

yang ni pula bakat tarian anak-anak sabah

memang berbakat. ingatlah setiap anak kecil itu ada bakat dan potensi sendiri. janganlah kita rosakkan mereka dengan menunjukkan contoh yang tidak sesuai. <=

Wednesday, 13 April 2011

Siapa cakap dunia ini bulat?

Kuasa-kuasa besar dunia yang utama di Eropah (Sepanyol, British, dan Portugis) masing-masing berlumba untuk meluaskan tanah jajahan. Dan mereka mula menelusuri jalan di lautan. Destinasi mereka ialah Timur. Dari situlah pelayar-pelayar menjumpai Tanjung Harapan (Cape Town) di Afrika dan seterusnya India sebelum ke Asia tenggara. Sesungguhnya pelayaran mereka dibiayai oleh sistem pemerintahan negara masing-masing dengan pembiayaan yang sangat besar.

Tuesday, 12 April 2011

Cinta Sekolah Rendah

Dalam surat Agatha kepada Aaron:

"kamu suka sama saya tak? kalau tidak saya pindah pergi tempat lain.saya tahu kamu tak suka saya sebab kamu suka perempuan yang cantik saja kan. minggu lepas saya suka kamu tapi sekarang saya tahu kamu tak suka saya dan saya pun tak suka kamu lagi."

... surat dirampas oeh cikgu Olivia (OP)
soal siasat dilakukan terhadap Agatha (Ag):

Saturday, 9 April 2011

Aku bukan TARZAN....!!!

Kini diamku di tengah HUTAN, banyak takutku dari berani.
Kini jiran ku orang HUTAN, banyak kurangku dari cukup.
Kini bahasaku bahasa HUTAN, banyak pelatku dari tutur.
Kini ilmuku ilmu HUTAN, banyak jahilku dari tahu.
Kini pakaiku pakaian HUTAN, buka mataku jarang tutup. Setiap yang lalu tidak ku keilp.

Arsenal FC (versi legend maktab aku)

Masa kat maktab dulu kira beruntunglah sebab padang dia besar. Dulu team negeri 9 pun datang training. Aku seronok duduk di maktab sebab member dan padang la. Kalau team maktab aku dulu macam arsenal, ini la line-upnya:

Friday, 8 April 2011

Review murid 1 marikh

Kelas 1 Marikh merupakan kelas kedua bagi tahun 1. Terdiri daripada 14 orang murid yang masih lagi suci dan mulus. malam ni kita review 4 orang murid tahun 1 marikh

1. Erick Vickrick Siverinus
Nama panggilan    :Erick. 
Ciri-ciri istimewa :Dia juga adik kepada si Sammy yang hari tu (klik sini). Seorang yang pendiam tetapi bijak. Boleh mengeja mengikut naluri tanpa melihat ejaan sebenar (tapi banyak yang salah dari betul la). Memakai kasut besar yang pasti bukan kasut dia. Mungkin kasut abang dia.

Thursday, 7 April 2011

Wednesday, 6 April 2011

Monday, 4 April 2011

photoscape...siapa yang tahu?

photoscape adalah satu software nak edit gambar. aku pun tak ingat macam mana boleh terdownload software ni. ni salah satu interface dia.
Banyak juga function dia

Sunday, 3 April 2011

10 cara berhenti merokok

Kepada semua yang merokok, cubalah cara-cara yang dicadangkan ini kerana secara logiknya berkesan.

1. Niat 
Nak berhenti macam nak solat dan puasa juga, mesti ada niat. إنما العمال بالنيات perbuatan yang baik di sisi Allah akan dikira sebagai ibadah. Jadi niatlah untuk berhenti. InsyaAllah akan dipermudahkan.

Friday, 1 April 2011

Esha & Dany

Masuk hari ini dah hampir 2 bulan di Tambunan. Rindu juga family di kampung. Nasib baik ada gambar buat ubat. Share sikit gambar anak buah aku ni:
Dany masa 1bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...